Kes-kes
jenayah kian merebak di tengah-tengah masyarakat. Hampir setiap hari ada saja
kes-kes jenayah yang diberitakan di akhbar-akhbar, di siaran-siaran TV dan di
majalah-majalah. Berita mengenai pencurian, perampokan, pembunuhan, rogol, dan
penyalah-gunaan dadah sentiasa dipaparkan menjadi berita di media. Seolah-olah
tiada hari tanpa terjadinya kes-kes jenayah di tengah-tengah masyarakat.
Dunia
moden menghadapi jenayah yang pada umumnya terus meningkat hari demi hari. Keadaan
yang amat membimbangkan ini membuat masyarakat menjadi cemas dan takut jikalau
mereka menjadi mangsa para pelaku jenayah. Selain itu, mereka juga khawatir
kalau anggota keluarga mereka juga ada yang terpengaruh menjadi mangsa ataupun
pelaku jenayah. Seperti pada kes penyelahgunaan dadah, kebanyakan yang menjadi pemakai
dan pelaku adalah anak-anak muda yang terlibat dengan pergaulan bebas. Para
pelaku pengedar dadah sentiasa berupaya mempengaruhi generasi muda demi
mendapat keuntungan bagi diri mereka.
Menurut
data polis, indeks kes-kes jenayah yang dilapor menunjukkan peningkatan dari
tahun ke tahun. Jenyah harta benda lebih besar bila dibandingkan dengan jenayah
kekerasan.[1]
Patut disayangkan bahawa walaupun telah pelbagai upaya pencegahan dilakukan,
namun belum menunjukkan hasil yang menggembirakan. Jenis-jenis persatuan
pencegahan jenayah telah ditubuhkan dan polis juga telah mengambil sikap tegas
terhadap para pelaku, namun belum cukup mampu mengurangi kes jenyah masyarakat.
Apa
sebenarnya penyebab ramainya kes-kes jenayah di tengah-tengah masyarakat? Bagaimanakah
jalan bagi mengatasinya? Bagaimana pula peran tanggung jawab sosial dalam
pencegahan dan pengurangan jenayah masyarakat? Tulisan ini mengetengahkan
hubungan kes-kes jenayah dengan konsep tanggung jawab sosial masyarakat dalam
perspektif Islam.
Sebab
Utama
Maraknya
kes-kes jenayah di tengah-tengah kehidupan masyarakat adalah suatu permasalahan
yang patut menjadi perhatian serius pelbagai pihak. Langkah awal yang mesti
diupayakan adalah mencari penyebab utama dan selanjutnya memulai pemulihan dari
sisi penyebab utama itu. Pemulihan dari sisi penyebab utama diharapkan mampu
mengurangi jumlah-jumlah kes-kes jenayah itu. Dan bukan hal yang mustahil,
suatu negeri bebas dari kes jenayah.
Beberapa penyebab
perilaku pelaku jenayah menurut teori klasik[2]
adalah:
- Kesempatan untuk menjadi
pencuri (Sir Francis Bacon, 1600-an)
- Kehendak bebas, keputusan yang
hedonistik, dan kegagalan dalam melakukan kontrak sosial (Voltaire &
Rousseau, 1700-an)
- Atavistic
trait atau Sifat-sifat
antisosial bawaan sebagai penyebab perilaku jenayah (Cesare
Lombroso, 1835-1909)
Penyebab-penyebab
yang dikemukakan teori klasik menyesuaikan dengan keadaan pemikiran rasional
manusia. Ianya bukanlah akar dari permasalahan sebenar. Menurut pandangan
Islam, kejahatan adalah perilaku yang disebabkan oleh kesesatan pelaku yang
mana akal sehat di dalam jiwa tidak lagi digunakan sebagaimana mestinya. Adapun
situasi demikian akibat dari kekeringan iman dalam diri pelaku pada saat itu.
Al-Syahid Murtadha Mutahhari menyebutkan, salah satu sebab
kesesatan/ kejahatan orang-orang jahiliyyah adalah kerana mereka tidak dapat
membezakan antara kebaikan dan kejahatan. Setiap keburukan dan kejahatan mereka
terima atas nama agama, lantas mereka menamakannya dengan nama-nama agama dan
syariat. [3]
Inilah yang dikritik al-Qur'an:
"Dan apabila mereka melakukan
kejahatan, mereka berkata: Kami mendapatinya pada orang-orang tua kami, dan
Allah menyuruh kami melakukannya. Katakanlah: Sesungguhnya Allah itu tidak
menyuruh kejahatan. Apakah kalian mengatakan ke atas Allah apa-apa yang kalian
tidak mengetahui. Katakanlah, Rabbku menyuruhku berbuat adil." (Surah al-'Araf (7):
28-29)
Di dalam sebuah hadith
pula, Rasulullah s.a.w bersabda:
Dari Abu Hurairah, r.a., dari Nabi s.a.w.,
sabdanya: "Seseorang yang hendak berzina, tidak akan melakukan zina itu
semasa ia berkeadaan sempurna imannya dan seseorang yang hendak meminum
arak, tidak akan meminum arak itu semasa ia berkeadaan sempurna
imannya dan seseorang yang hendak mencuri, tidak akan melakukan perbuatan itu
semasa ia berkeadaan sempurna imannya dan seseorang yang melakukan rompakan
yang lazimnya menjadikan orang yang dirompak itu memandang sahaja
kepadanya, tidak akan merompak semasa ia berkeadaan sempurna imannya." (Bukhari
dan Muslim)
Hadith ini menegaskan
bahawa orang
yang tergamak melakukan sesuatu yang dilarang, tidak sempurna imannya. Maksudnya
pada ketika ia melakukan kejahatan, imannya tidak lagi memegang kendali
dirinya, sehinggalah akalnya tidak membawa manfaat.[4]
Pandangan
Islam
Islam
memandang berat persoalan-persoalan menyangkut gejala-gejala sosial yang
menyebabkan kes-kes jenayah berlaku. Ianya mempunyai kaitan dengan ketenangan
dan kerukunan hidup masyarakat. Sekiranya jenayah berleluasa, maka keselesaan
hidup masyarakat telah terjejas. Sedangkan Islam adalah agama yang hadir memberikan
kedamaian dan keamanan kepada masyarakat.
Islam
memberikan tuntunan bagi umatnya dalam menjalani kehidupannya di dunia. Di
dalam mencapai kehidupan yang aman dan damai, Islam mengajarkan umatnya
aturan-aturan yang memungkinkan masyarakat yang aman makmur dapat diwujudkan.[5]
Allah berfirman:
Maksudnya: Hai manusia,
Sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan
dan menjadikan kamu berbangsa - bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling
kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah
ialah orang yang paling taqwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui
lagi Maha Mengenal. (Surah al-Hujuraat (49): 13)
Makna “supaya saling
kenal-mengenal (lita’arafu)” di dalam
ayat ini adalah kerjasama yang boleh mendatangkan kebajikan bagi membina hidup
yang harmoni bagi mewujudkan masyarakat aman makmur di bawah keampunan Allah s.w.t.
Di
samping bekerjasama, Islam juga telah menyediakan batasan yang amat sesuai bagi
menangani kesalahan-kesalahan jenayah masyarakat, dengan tujuan memberi
perlindungan kepada umum dari ancaman penjenayah dan mengawal jenayah itu
sendiri dari merebak. Tiga hukuman bagi kesalahan jenayah yang pelaksanaannya dilaksanakan
oleh pemerintah yaitu: Hudud, Qishas dan Ta’zir. Hukuman-hukuman ini
mengandungi unsur-unsur yang membuatkan masyarakat takut untuk menghadapinya
sehinggalah akan semakin berkurang para pelaku jenayah.
Anjuran
Tanggung Jawab Sosial Masyarakat Islam
Tanggung
jawab sosial adalah sikap manusia yang
peka dan memperhatikan kondisi yang terjadi di dalam kehidupan sesamanya. sikap
yang lahir daripada rasa persaudaraan di antara sesama manusia. Islam sangat
menggalakkan terwujudnya tanggung jawab sosial sebagai wujud persaudaraan di
tengah-tengah umatnya. Sebagaimana diumpamakan kehidupan sesama muslim ibarat
satu tubuh. Bila salah satu bagian sakit, maka bagian tubuh lainnya juga ikut
merasakannya dan berusaha untuk membantunya.
Terbukti,
dimana Islam hadir di negeri Arab membawa perubahan yang mendasar dan sangat
besar dalam kehidupan bangsa Arab. Negeri Arab yang pada masa itu dikenal
dengan kejahiliyahan, dimana begitu banyaknya kejahatan yang terjadi; perang
antar-suku, penindasan, perbudakan, minum khamar, dan perzinaan terjadi
merajalela, dapat berubah menjadi negeri yang aman, tenteram, dan mendapat
ampunan Allah. Penduduknya yang kasar, arogan dan tamak dapat berubah menjadi
penduduk yang berbudi luhur dengan akhlaq mulia yang terpancar dalam semua
aktifiti kehidupannya.
Di
antara tujuan kehadiran Islam ialah mewujudkan keamanan dan kesejahteraan umat
manusia. Firman Allah SWT:
“Dan tidaklah Aku
mengutusmu melainkan menjadi rahmat bagi semesta alam.” (Surah Al-Anbiya’ (21):
107)
Kehadiran
Islam mendidik manusia supaya dapat menjadi penebar kasih sayang di dalam
kehidupan bermasyarakat. Wujud kasih sayang diaplikasikan dengan sikap peka
(memberi perhatian) dan tolong menolong di dalam menjalani kehidupan. Begitu
pula anjuran Nabi Muhammad s.a.w di
dalam hadith:
Dari Abu Hurairah r.a.,
Barangsiapa yang melapangkan nafas seorang Islam dari suatu kesusahan dari
kesusahan-kesusahan dunia, maka Allah akan melapangkan nafasnya orang itu dari
suatu kesusahan dari kesusahan-kesusahan akhirat.[6]
(H.R. Muslim)
Hadith
ini berpesan kepada umat Islam agar mengambil berat permasalahan yang menimpa
orang lain, kemudian bertanggung jawab pula untuk membantu mengatasi
permasalahan-permasalahan itu. Inilah bentuk tanggung jawab sosial sesama umat.
Hamka
(2008) mengatakan bahawa masyarakatpun berbuat dosa dan kejahatan manakala
membiarkan saja segolongan kecil manusia hidup mewah yang keperluan hidupnya
sehari-hari sangat berlebih-lebihan, sedang golongan terbesar mencari beras
seliter pun dengan darah dan air mata.[7]
Perkataan
Hamka menunjukkan betapa penting menggalakkan dan mewujudkan tanggung jawab
sosial masyarakat Islam. Sikap “membiarkan” merupakan suatu dosa yang
mendatangkan bahaya kesenjangan sosial di tengah-tengah masyarakat. Kesenjangan
inilah yang dikhawatirkan menimbulkan pelbagai bentuk kejahatan (perilaku
jenayah) masyarakat.
Bentuk-Bentuk
Tanggung Jawab Sosial Masyarakat Islam
Kebanyakan
orang memahami bahawa tanggung jawab sosial sekadar pada ketika terjadinya
musibah yang menimpa suatu masyarakat di suatu negeri. Maka pada ketika itu
orang-orang berupaya mengumpul dan mengagihkan bantuan sebagai wujud turut
merasakan derita yang menimpa saudara-saudaranya. Ini adalah sebahagian kecil
sahaja bentuk tanggung jawab sosial masyarakat.
Sikap
tolong-menolong sebagai wujud tanggung jawab sosial di kalangan masyarakat
tidak sahaja terbatas di dalam segi-segi kebendaan, malah meliputi juga
segi-segi moral. Dalam mengatasi gejala sosial dan jenayah, masyarakat
hendaklah berusaha mencegah kezaliman dan melindungi perkara-perkara kebaikan.[8]
Dalam hubungan ini, ada diriwayatkan bahawa Rasulullah telah bersabda,
“hendaklah kamu membantu saudara kamu sama ada ia dizalimi atau melakukan
kezaliman. Maka berkata sahabat, “yang dizalimi itu jelas (perlukan pertolongan),
tetapi bagaimana pula orang yang melakukan kezaliman? Maka jawab Rasulullah,
iaitu dengan mencegahnya dari melakukan kezaliman.
Oleh
itu dapat dipahami bahawa diperlukan usaha untuk mencegah terjadinya jenayah
dengan mencegah seseorang dari perbuatan-perbuatan mahupun keadaan yang dapat
melibatkan seseorang dengan jenayah. Sebagai suatu contoh kes, seorang bapa telah
melakukan pencurian ubi di rumah seorang warga karena pada malam itu dia lihat
anak-anaknya merintih kelaparan di rumah. Telah seharian anak-anaknya tidak makan,
akibat tidak mampu membeli makanan untuk kehidupan mereka.
Dalam
menyikapi permasalahan itu, tindakan yang perlu dilakukan masyarakat seharusnya
adalah dengan mengambil perhatian dan berupaya untuk mengusahakan bantuan
makanan. Tanggung jawab itu semestinya diambil oleh jiran, kemudian jiran dapat
memberikan khabar tentang kesusahan yang menimpa bapa tersebut kepada institusi
di kampung sehinggalah dapat diupayakan jalan keluar yang terbaik.
Dengan
adanya perhatian pelbagai pihak, maka hilanglah kesenjangan, tercegahlah
jenayah pada masa-masa akan datang dan wujudlah tanggung jawab sosial demi
terciptanya keamanan masyarakat.
Jadi oleh sebab itu,
Allah berfirman:
Tahukah kamu
(orang) yang mendustakan agama? Itulah
orang yang menghardik anak yatim, dan tidak menganjurkan memberi Makan orang
miskin. (Surah Al-Maa’uun (107): 1-3)
Hamka
(tafsir Al-Azhar) menerangkan bahwa orang yang mendustakan agama ialah orang
yang menolak anak yatim dan tidak mahu menggalakkan orang supaya memberi makan
orang miskin. Dilahapnya sendiri saja, dengan tidak memikirkan orang miskin.
Atau tidak dididiknya anak isterinya supaya menyediakan makanan bagi orang miskin.
Orang seperti ini termasuk yang mendustakan agama karena dia mengaku menyembah
Tuhan, padahal hamba Tuhan tidak diberinya pertolongan dan tidak
diperdulikannya. Dengan ayat ini jelaslah bahwa kita sesama Muslim, terutama
yang sekeluarga dan yang sejiran, ajak mengajak, galak menggalakkan supaya
menolong anak yatim dan fakir miskin itu menjadi perasaan bersama, menjadi budi
pekerti yang umum. [9]
Namun
hal penting sebagai bahagian dari bentuk tanggung jawab sosial masyarakat
adalah adanya amar bil makruf dan nahyi ‘anil munkar yang merupakan upaya
penguatan nilai-nilai agama masyarakat. Wujudnya amar makruf nahi munkar, akan
berpengaruh pada peningkatan kualitas dan kuantitas iman dan amalan. Dengan
kuatnya iman dan baiknya amalan, maka dapat tercegahlah jenayah di dalam
kehidupan masyarakat.
Wallahu ‘alam.
[1]
Didapat daripada: http://klnportal.kln.gov.my/klnvideo/2010/transformasi/video/documents/Pelan%20Hala%20Tuju%20GTP/Pelan%20Hala%20Tuju%20GTP_Bab06.pdf
[3] Al-Syahid Murtadha Mutahhari, (2009). Keadilan Ilahi. Bandung: Mizan Pustaka.
[6] Al Hafidh Ibnu
Hajar Asqalani, (1981), Bulughul Maram. Muh.Syarief Sukandy (terj.), Bab
Kebaikan dan Silaturahmi, no.1407. Singapura: Al-Haramain Pte.Ltd., h.538.
[8] Muhammad Abu
Zahrah, (1987), Tanzim Al-Islam lil-Mujtama’. Osman bin Haji Khalid (terj.), Kuala
Lumpur: Bahagian Hal Ehwal Islam Jabatan Perdana Menteri.
[9]
Hamka, Tafsir
Al-Azhar Juzu’ 30. (e-book). http://groups.yahoo.com/group/rezaervani
